fbpx

Cord Around Neck Times 3

Kisah Benar Di Hospital Ipoh

Setiap hari oncall, sudah biasa dengan ibu-ibu mengandung datang mengadu baby kurang gerak. Dan selalunya ibu-ibu ni, jarang yang datang lepas pukul 12 tgh mlm.

Tapi, ada satu malam (awal pagi pukul 2), baru tengah tengok last round dalam labour suite sebelum nak masuk merehatkan mata. Staff nurse triage panggil, “CTG ada decel la doktor.”

Houseman present case, …….postdate…. reduced fetal movement…. last fetal kick at 5pm….no labour symptoms…..CTG memang ada longkang yang besar.
Saya check bukaan pintu rahim, belum buka. Call boss, post for ceaserean section.

Bila dibuka rahimnya, nampak air ketuban kehijauan. Baby dah berak di dalam. “Meconium stain!” Saya inform Paediatric team yang sedang standby. Karung ketuban dipecahkan, dan saya cuba keluarkan baby. Ternampak tali pusatnya melilit 3 pusingan dengan ketat dileher baby. Ya Allah, entah apa akan jadi kalau ibu ini terlewat datang tadi.

Satu je soalan saya kat ibu tu. Kenapa lambat datang puan?
“Kawan saya kata memang normal baby kurang gerak bila dah cukup bulan, sebab ruang kat dalam sempit untuk dia gerak.”

Kata-kata kawan lebih dipercayai daripada nasihat professional.

Anyhow, ibu dan anak selamat. And that is our aim.

p/s: Jangan plak malam ni gi banjirkan semua labour room untuk scan tali pusat anak.

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge