fbpx

ANAK SUSAH TIDUR MALAM?

TIPS TIDURKAN ANAK SEAWAL 9 MALAM

Puan A : Doktor, anak saya umur dah sebulan, tapi saya tengok dia asyik tidur je. Normal ke?

Puan B : Doktor, tolong saya! Anak sejak masuk 4 tahun ni, asyik nak main saja! Tak kira la siang ke malam. Main sampai tak mahu tidur. Susah sangat nak bagi tidur malam

Puan C : Anak saya suka terjaga tengah malam, lepas tu susah nak masuk tidur. Lepas 2-3 jam baru nak tidur balik. Penat saya berjaga pagi, esoknya dah la nak kerja!

Berapa ramai ibu-ibu dalam ni yang ada masalah macam kat atas tu? Mesti ramai kan? Saya pun terkejut tengok bilangan ibu-ibu yang pm saya mengenai masalah ini. Selama ni ingatkan saya seorang je struggle.

Topik ni selalu jadi perbualan antara saya dan kawan-kawan bila terbukak topik tidur lewat malam tadi. Kalau yang lain tidur lambat sebab anak, saya mungkin tidur lewat sebab siapkan kerja2 rumah atau urusan bisnes.

Berapa lama baby kena tidur sebenarnya?

Secara umumnya, ini purata jam tidur yang diperlukan oleh anak untuk perkembangan otak yang optimum.

< umur 2 bulan : 14-18 jam sehari

3- 11 bulan : 12-16 jam

1- 3 tahun : 12-14 jam

3- 5 tahun : 11-13 jam

5-12 tahun : 10-11 jam

12-18 tahun : 8-9 jam

Kalau anak tak dapat tidur yang cukup, anak akan mudah mengamuk, nakal terlebih dan akan lagi memberontak untuk masuk tidur.

Antara sebab anak susah tidur:

1. Tiada jadual tetap untuk tidur.

2. Tiada Nap time waktu petang, menyebabkan anak terlalu penat dan mengamuk bila masuk waktu tidur.

3. Anak yang tengah melalui separation anxiety, susah tidur bila ibubapa tiada berdekatan

4. Memberikan gadjet ketika waktu tidur

5. Suasana bilik tidur yang tidak kondusif untuk anak tidur, contohnya lampu yang terang atau bunyi bising

6. Ibubapa sendiri suka tidur lewat.

Kalau anak susah tidur, try tips dalam gambar ni.

Paling penting adalah menjaga rutin tidur. Pastikan anak tidur waktu yang sama setiap hari. Jangan sekali-kali melepasi jadual tidur anak.

Kalau anak terbangun masa tidur, mungkin sebab lapar, jadi berikan susu, dan biarkan anak masuk tidur semula. Gunana lampu yang malap ketika nak berikan susu supaya anak senang masuk tidur lepas menyusu. Jangan dilayankan anak ajak main. Be strict, dan biarkan anak masuk tidur. Jika dibiasakan main, memang anak akan ajak main setiap kali terjaga.

Sebolehnya, ajar anak untuk baring dan tidur atleast 1 jam pada waktu awal petang. Kalau tak tidur pun, sekurang-kurangnya baring dan rehat. Tapi, elakkan tidur lewat petang, sebab anak akan susah tidur malam pula nanti.

Sebelum tidur malam, alas perut anak dengan susu atau biskut, supaya anak tidur lebih lena.

Nak tahu rahsia saya pulak?

Sejak dari lahir, saya latih anak-anak saya untuk tidur malam. Seawal 3 minggu kedua anak saya akan mula tidur hampir 4 jam terus dan saya yang akan kejutkan untuk beri susu.

Latih macam mana?

Waktu siang, saya tidurkan mereka dalam bilik bercahaya terang, dan keadaan yang sedikit bising. Bukan mintak mommies jerit-jerit. Bukannn. Cuma mungkin dekat dengan ruang tamu yang kita selalu duduk-duduk bersembang tengok TV, atau berhampiran dapur yang mungkin bising dengan bunyi memasak.

Waktu malam pula, biasanya selepas maghrib, saya akan kurangkan aktiviti bermain dengan anak. Biarkan anak bertenang dalam baby cot. Kemudian malapkan lampu bagi cukup2 nampak untuk menyusu. Selain tu, pastikan keadaan sekeliling juga senyap tanpa gangguan. Alhamdulillah pukul 9 akan tidur dah.

Pukul 12am (kalau masih umur 9 bulan kebawah) saya akan kejut dan susukan anak sebelum dia sendri bangun dan kemudiannya lagi sekali pada pukul 4am. Alhamdulillah, ini lah cara saya guna untuk kedua anak saya dan mereka akan tidur dari 9 malam sehingga 6 pagi.

Credit to Google

Juga, kalau toddlers, pastikan anak tidur waktu tengah hari sebelum atau masa zohor tu. Dapat sejam pun cukup supaya tidak meragam dan penat pada petangnya. Itulah punca ramai ibu-ibu jadi Hulk. Haha. Kesilapan ramai ibubapa, suka tidurkan anak waktu asar, 3 atau 4 petang. Then anak bangun 5 atau 6 petang. Mana lah anak tu nak tidur awal waktu malam kalau macam tu kan. Baru bangun kena tidur balik dah?

Surah Al Qadr juga sesuai diamalkan, doa supaya anak tidur lena tanpa gangguan. Sewaktu anak sedang tidur, ibu bapa boleh mainkan zikir merdu untuk memudahkan anak lena .

Disamping menjaga good sleep habits ni, saya juga amalkan penggunaan Tasneem Calm Time, Sleep Time dan Sleepy Pillow Mist untuk membantu anak-anak saya dapat tidur yang lena dan berkualiti.

Calm Time ada 8 jenis essential Oil ang mampu menenangkan anak dan mengurangkan tantrum anak. Bila anak tenang, mudah je dia nak lena. Sleep time pun ada 8 jenis Essential Oil jugak, cuma berlainan daripada Calm Time untuk pastikan anak tidur nyenak sepanjang malam.

Sleepy Pillow Mist ni pulak favourite saya. Saya sembur je pada bantal dan tilam. Haruman Lavender dia memang cukup menenangkan dan buat kita tidur lena. Walaupun kadang-kadang tu dapat tidur 4 jam, tapi masih rasa segar sebab dah dapat tidur yang berkualiti.

Semoga tips-tips ini dapat membantu newparents dalam menjaga newborn mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Set Sweet Dreams ini, boleh klik logo Whatsapp ini

Ummu Hathiyah

Leader Uspire

t.me/dr_ummu

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge