fbpx

Resepi Dalgona Coffee Viral Confirm Jadi!

3 bahan sahaja..

Semenjak pandemik Covid19, banyak restoran dan kedai kopi terulung yang terpaksa ditutup. Dalam pada itu, fenomena Dalgona mula viral di dunia Internet. Tiktok, Youtube, Facebook, Twitter dan Instagram mula dibanjiri feed netizens yang mencuba resepi ini dirumah. Resepi mudah mengguna tiga bahan ini dikatakan minuman wajib cuba di musim Covid19 ini.

Minuman kopi ini diilhamkan daripada manisan Korea Selatan yang dipanggil Dalgona. Dibuat menggunakan gula, minyak dan baking soda. Kepada Coffee Lovers, inilah masa terbaik untuk anda cuba hasilkan minuman sendiri yang hampir setaraf Starbucks!

Ok, jom tengok bahan-bahan nya.

Bahan A (untuk Dalgona)
2 sb Serbuk Kopi Instant
2 sb Gula
2 sb Air Panas

Bahan B
180ml Susu
Ais (Optional)

2 sb Serbuk Kopi Instant, tak kisah jenama apa pun, jangan 3in1 sudah.
2 sb Gula
2 sb Air Panas
Kacau bagi sekata
Pukul dengan mixer hingga betul-betul kembang, ada soft peak gitu. kalau tak ada mixer, whip guna pemukul telur, cuma penat sikit la
Nampak tak warna jadi lighter brown dan pekat! Dalgona Yummy!
Ramai fail step ni. Cara saya, pukul dengan mixer speed 3 berterusan selama 10 minit!
Letak Ais dalam cawan. Tuangkan susu. Then sudukan Dalgona Yummy atas susu. Sedia untuk minum!!
Gambar Kredit : Bib Abd Hamid

Precaution. Siapa ada kencing manis, darah tinggi atau migraine, berpada-padalah minum air ini ya. Ramai kata tak boleh tidur lepas minum air ni.

Selamat mencuba!

FB: Ummu Hathiyah

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge