fbpx

Famous Amos Choc Chip Cookies

Resepi mudah dan pastinya jadi…

Sepanjang PKP Covid19 ni, ramai ibu-ibu mula mengadu penat berulang-alik ke dapur untuk menyediakan makanan anak-anak. Apa kata ibu-ibu cuba buat Famous Amos Cookies, resepi mudah ini untuk santapan sekeluarga. InsyaAllah, resepi Famous Amos yang mudah, dapat dalam 100 biji cookies satu adunan. Boleh lah tahan kudapan seminggu. Yanf penting sangat murah bila buat sendiri, dan boleh dijadikan aktiviti bersama anak. Okei jom tengok caranya.

Bahan A

1/4 cawan gula kaster

1/2 cawan gula perang

1/2 cawan mentega (~+75 gm)

1/2 cawan minyak jagung

1 biji telur gred B

1/4 sk garam

1/2 sb susu segar @ susu tepung

1/2 sk vanilla extract


Bahan B

2 cawan tepung gandum (di ayak)

1 sb serbuk koko (di ayak)

1 sb tepung jagung (di ayak)

1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)

1/2 sk soda bikarbonat

1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)

1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara-cara

Gaulkan semua bahan A hingga sebati

Ayak Bahan B (kecuali Almond dan Chocolate Chip)

Masukkan tepung-tepung yang diayak kedalam adunan telur mentega tadi. Gaulkan dengan menggunakan spatula. Bila sudah sebati, Masukkan Almond dan Chocolate Chips. Tepung memang akan sedikit lembik, tapi pastikan konsistensi yang tidak melekat pada mangkuk.

Rehatkan adunan didalam peti sejuk selama 30 minit. Kemudian sudukan adunan ke dulang pembakar.

Bakar pada suhu 160 darjah, selama 20-30 minit mengikut kapasiti oven masing-masing.

Sedai untuk dihidang! Selamat menjamu selera!

Kredit : Azie Kitchen

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge