fbpx

Penting Ke Ujian Pap Smear?

Kenapa Terjadi Kanser Pangkal Rahim?

Setiap kali lepas bersalin, biasanya kami akan pesan pada ibu-ibu untuk buat ujian pap smear ni di Klinik Kesihatan terdekat selepas habis pantang. Tapi, masih ramai juga yang belum pernah buat ujian ni, walaupun dah 10 kali beranak! 😅

Pap smear sebenarnya adalah ujian pangkal rahim untuk pengesanan awal KANSER PANGKAL RAHIM.

Disarankan buat setiap tahun untuk 2 tahun pertama, kemudian 3 tahun sekali.

Kanser Cervix adalah kanser KETIGA tertinggi di kalangan wanita

Jika dikesan awal, boleh dirawat secara pembedahan.

Punca utama adalah jangkitan Human Papilloma Virus. Disebabkan itu, diperkenalkan vaksin HPV untuk remaja sekolah.

Wanita yang mempunyai sejarah melakukan hubungan intim pada usia remaja, atau mempunyai beberapa pasangan hubungan intim mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser ini.

Merokok juga salah satu faktor risiko.

Antara gejala kanser ialah pendarahan abnormal, pendarahan selepas bersetubuh, keluar cecair busuk dari kemaluan, kurang berat badan dan kurang selera makan.

70% kanser dapat dielakkan dengan ujian pap smear secara berkala.

Self HPV testing adalah kaedah terbaru saringan Kanser Pangkal Rahim.

Kaedah Rawatan adalah Pembedahan, Kemoterapi, dan Radiotherapy bergantung pada tahap penyakit.

Jom sama-sama kita cegah daripada penyakit berbahaya yang sangat boleh dielak hanya dengan ujian mudah Pap Smear.

Like dan share supaya lebih ramai dapat info ini ya! 😄

Dr Ummu
t.me/dr_ummu

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge