fbpx

BAHAYA GBS KETIKA MENGANDUNG

Group B Streptococcus

Wanita secara amnya memang akan ada masalah keputihan. Tapi keputihan ini biasanya bertambah ketika mengandung. Antara gejala yang disuarakan ibu-ibu mengandung ini ialah

  • keputihan banyak
  • keputihan berbau
  • keputihan gatal
  • keputihan berubah warna kuning atau coklat
  • keputihan berdarah

Dalam keadaan ini, biasanya kami lakukan ujian High Vaginal Swab untuk mengenalpasti bakteria atau yeast yang menjadi punca keputihan.

Antara pumca keputihan adalah Group B Streptococcus (GBS). Bakteria ini adalah bakteria yang memang wujud secara normal dalam usus dan kemaluan wanita. Kebiasaannya, ia tidak menyebabkan apa-apa simptom. 1 dalam 4 wanita merupakan pembawa GBS.

GBS ini selalunya dikesan ketika mengandung apabila wanita tersebut mempunyai masalah keputihan yang banyak. Kebiasaannya wanita tersebut tidak diberikan apa-apa rawatan.

Tetapi jika pembawa GBS mengandung, perlulah berhati-hati kerana bakteria dari kemaluan ini boleh menyebabkan jangkitan kuman pada anak yang dikandung. Ada juga yang mungkin mengalami kelahiran anak pramatang, chorioamnionitis, dan keguguran. Selagi karung ketuban belum pecah, anak dalam kandungan terlindung daripada jangkitan ini.

Wanita pembawa GBS akan diberikan antibiotik setiap 4 jam sekali sekiranya

  • sudah masuk fasa aktif bersalin (4cm keatas)
  • pecah air ketuban
  • sebelum proses Induction secara ARM (paksa bersalin dengan cara pecahkan karung ketuban)
  • terdapat sejarah anak sebelum ini dijangkiti kuman GBS

Antara jangkitan yang boleh berlaku pada anak ialah

  • jangkitan paru-paru
  • jangkitan otak
  • jangkitan mata
  • sepsis (jangkitan yang lebih serius melibatkan seluruh badan)

Disebabkan itu, bayi yang dilahirkan biasanya akan diberi pada doktor kanak-kanak untuk pemeriksaan awal. Jika didapati ada masalah atau tanda-tanda awal jangkitan kuman, bayi munkin akan dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Ada juga bayi yag terpaksa diberikan rawatan dengan antibiotik selama 5 hari.

Tiada cara yang spesifik untuk mengelak atau merawat GBS pada wanita pembawa. Ia adalah bakteria normal flora yang ada pada 1 dalam 4 wanita.

Ada wanita beranggapan langkah kerap mencuci dengan sabun dan meruang akan merawat masalah inim TAPI HAKIKATNYA, AKAN MENYEBABKAN KEADAAN LEBIH TERUK!

Jom kita sama-sama sebarkan info ini, supaya wanita GBS carrier lebih bersedia menghadapi waktu-waktu bersalin dan selepas bersalin.

Dr Ummu

t.me/dr_ummu

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge