fbpx

Kencing Manis Je Pun!

Doktor ni saja nak takutkan…

“Doktor, baby saya kurang gerak. Dari pagi sampai petang ni, baru 3 kali je rasa gerak” ujar wanita masuk ke dalam bilik PAC. Nampak sarat dah, mungin cukup bulan dah ni. Ada anak 3 orang ikut sekali dengan suaminya. Gigih bawak semua orang malam-malam pukul 9 ni.

Seperti biasa, saya pun tanya-tanya soalan, dan beberapa sejarah penyakit dia, sambil-sambil nurse baringkan dan pasangkan CTG pada ibu tersebut.

Ada kencing manis rupanya. Cucuk insulin dos yang tinggi jugak, 20 unit 4 kali sehari. Cepat-cepat belek mukasurat 13 dalam buku pink dia, cari bacaan BSP selama ni.

SubhanAllah!! Tak pernah kurang daripada 10! setiap kali BSP dinaikkan dos insulin dan pernah masuk wad untuk stabilkan gula beberapa kali. Tapi semuanya di Hospital lain. Usia kandungan baru 34 minggu, tapi nampak sarat. Mungkin air ketuban banyak ni. Antara komplikasi Kencing manis ketika mengandung adalah air ketuban banyak atau bayi besar.

Dah waktu malam macam ni waktu oncall, memang berat mulut saya nak membebel. Selesai bertanya soalan, saya baw dia ke tempat pemeriksaan.

Lepas tu baru perasan, nurse saya masih belum dapat detect jantung anak dengan mesin CTG tu. Hati saya dah mula risau. “Takpe lah Puan, jom kita pergi scan terus. Tengok terus jantung anak.

Letak je probe scan, memang jelas air ketuban dia sangat banyak. Tapi luluh jantung saya tengok jantung bayi tu tak berdegup. Tiada berkelip apa pun. Statik. Semua 4 ruang dalam jantung bayi, STATIK.

Saya pun sekali kaku, sebab ini kali pertama saya terima kes sebegini. Bermacam-macam fikiran dalam otak saya. Tapi yang paling utama, macam mana nak bagitahu bayi tu dah tak ada? Jantung dia tak berdegup dah.

Teringat pesanan Pakar saya, sebagai Doktor Junior, kalau ragu-ragu atau tak tahu macam mana nak handle, dapatkan senior. dalam bidang Sakit Puan, kami harus berhati-hati dalam handle case, sebab ia melibatkan dua nyawa. Dan jika kes IUD (bayi meninggal dalam kandungan) , memang rutin untuk disahkan oleh 2 Pegawai Perubatan. Jadi saya pun minta izin Ibu tersebut untuk dapatkan Senior yang bertugas.

Memang betul bayi dah meninggal dalam kandungan. Bila diberitahu mengenai bayinya itu, teresak-esak dia menangis. Baru menyesal mungkin.


Ada sebab kenapa ditetapkan minum air gula tu.
Ada sebab kenapa kami nak monitor BSP tu.
Ada sebab kenapa kami suruh kawal gula tu.
Ada sebab masuk wad untuk stabilkan gula.
Kalau taknak follow rawatan, jangan mengandung!

Sayangnya bila baby yang hampir cukup bulan, dikandung selama 8 bulan, meninggal begitu sahaja akibat mulut ibu yang tak boleh kawal makanan dia untuk 40 minggu sahaja sehingga babynya keluar. 😭

Kepada ibu-ibu GDM yang baca post ni, satu sahaja permintaan saya, tolong kawal gula masing-masing. Kami nasihat tu bukan saja-saja nak takutkan. Tapi memang komplikasi GDM sangat banyak, dan paling teruk adalah kematian baby dalam kandungan.

Semoga dengan penulisan ini, lebih ramai ibu-ibu mengandung, menjaga kesihatan mereka dan anak yang dikandung.

*Kisah 3 tahun lepas, semoga diambil iktibar.

Dr Ummu
t.me/dr_ummu

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge