June 20, 2020

PERCAYA TAK WANITA INI UMUR 51 TAHUN?

By Dr Ummu

Apa Rahsia Dia Kekal Awet Muda?

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai seorang wanita yang mengisahkan pengalaman rumah tangga dan kepentingan menjaga kecantikan diri. Posting tulisan Dzuriasikim Dzulkefli ini diviralkan oleh Viral Media Johor di Facebook.

Posting yang mendapat hampir 16,000 share ini menunjukkan bagaimana diri beliau setelah berkahwin, telah mengabaikan penjagaan diri, sehingga berat badan naik dan berbaju selekeh. Dan bagaimana beliau berubah 180 darjah.

Kalau dahulu rupanya sama seperti kebanyakkan ibu anak 3, kini tak ubah, malah kalah anak dara! Saya sendiri kagum dengan perubahan beliau!

Untuk pengetahuan semua, antara tips kecantikan dan awet muda yang beliau kongsikan di laman sosial beliau adalah

  • tidak pernah minum air sejuk, mahupun yang suhu bilik, hanya suam sahaja
  • amalkan minum air suam bersama lemon dan madu
  • banyak makan ulam-ulaman
  • senaman fizikal secara konsisten
  • berselawat ke atas Nabi Muhammad ketika mencuci muka
  • Elakkan makanan manis

Ada satu penulisan ini sangat menarik minat saya dan terasa WAJIB saya share disini untuk dijadikan panduan kita semua. Posting telah pun mendapat kebenaran beliau untuk dikongsikan disini.

10 CARA UNTUK KEKAL POSITIF SETIAP HARI

  1. Tuliskan kesyukuran anda setiap hari. Kalau boleh, tulis dengan spesifik. Sebenarnya saya sudah ulang ini berkali-kali. Dalam Secret Group, saya ajar student saya bagaimana cara yang betul untuk menghargai diri dan mengira kesyukuran.

    Syukur masih punya tempat tinggal, makan dan minum. Dan segalanya yang lebih dari itu. Waktu saya sendiri mula menulis kesyukuran ini, saya hanya mampu menulis hingga 50 perkara. Kemudian saya mula termenung.
    Rupanya kita sering terlupa apa yang kita ada….

  2. Jika anda gemarkan muzik, pilihlah lagu-lagu yang menceriakan. Jika anda gemarkan sukan atau aktiviti fizikal, pilih lagu jenis “pumping music” yang boleh memberikan rasa energetik dan semangat untuk anda melangkah.

    Usah dengar lagu yang meruntun jiwa hingga anda menangis bercucuran airmata dan menjadikan mahu berkurung dalam bilik ok!

    You need to keep going!

  3. Keep doing at least one good thing everyday. Ucapkan terima kasih dengan menghantar email kepada seseorang mungkin. Atau boleh juga bersedekah setiap hari.

    Buat satu kebaikan kecil mungkin nampak remeh. Tetapi ianya akan membuka minda kita untuk jauh lebih mensyukuri apa yang kita masih ada.

    Biar dalam keadaan manapun kita hari ini….sentiasalah bandingkan diri dengan orang yang lebih tidak bernasib baik dari kita.

    Lihat ke bawah…usah dongak ke atas.

    Kerana melihat orang yang sedang sangat bahagia itu mungkin akan menjadikan diri kita kecewa. Sedang kita tidak tahu apa ujian yang telah mereka perlu lalui untuk menjadi bahagia hari ini.

    Anda faham kan?

  4. Cabar minda anda untuk selalu tidak berfikiran negative.

    Saya ada tulis ini beberapa hari yang lalu. Bagaimana kita boleh “hijack” minda kita untuk kekal positive. Saya akan berikan linknya di ruang komen nanti.

  5. Senyumlah selalu. Dalam keadaan apa pun, sentiasalah tersenyum. For some reasons, ianya adalah seperti “ubat” yang sangat berkesan untuk merawat hati.

    Orang yang paling kuat adalah yang mampu tersenyum ketika dia sedang tidak bahagia dan sedih. You have that “power” ok!

  6. Lakukan perkara yang anda suka. Just do anything, as long as you won’t regret!

    Ada orang yang punya jawatan dan gaji yang besar. Punya rumah besar, kereta besar, isteri besar… (saya bergurau je).

    Namun setiap pagi bila bangun untuk ke tempat kerja, perkara pertama yang bermain di kepalanya ialah… Bagaimana dia sangat tidak suka untuk ke pejabat. Berurusan dengan orang yang dia kurang selesa. Dia tidak bahagia kerana perlu melakukan banyak perkara yang dia sendiri tidak suka.

    Ada nelayan yang tinggal di rumah kecil berdekatan pantai. Bangun dinihari dan turun ke laut awal pagi setelah menghirup secawan kopi bersama ubi kayu rebus cicah kelapa parut muda. Dia tersenyum bahagia.

    Petang itu dia membawa pulang sebekas ikan segar untuk dimasak oleh isterinya yang sering menyambutnya dengan senyum dan tawa.

    Happiness is not about everything that you could prove to have. But what you have.

  7. Zikir dan ibadah.

    Berzikirlah selalu. Dekatkan diri kepada Allah. Apa-apa pun Allah dulu.

    Nak bahagia minta dari Allah
    Nak jodoh minta dari Allah
    Nak rezeki minta dari Allah.

    Kaya macamana sekalipun jika tinggal solat, akan ada suatu kelompongan dalam hati.

    Orang yang tidak mengabaikan solatnya akan punya suatu kekuatan dalam hati. Tidak mudah kecewa. Tidak bergantung bahagia kepada manusia.

    Cukup hanya Allah.

  8. Duduk dalam circle yang positif.

    Yang tidak menarik anda ke bawah. Selalu menyokong tindakan anda. Memberikan kata-kata semangat. Membahagiakan anda. Membuatkan anda ceria selalu. Caring…

    Baca kisah-kisah bahagia, yang memberikan inspirasi dan motivasi.

    Usah langgan atau baca blog yang suka menceritakan kisah keruntuhan rumahtangga setiap hari. Kehancuran, persengketaan, airmata, kecurangan…

    Semua ini akan menimbulkan banyak rasa curiga yang tidak perlu dan akan menjadikan diri kita buruk sangka dan berfikiran negatif.

    Just stop ok..

    Anda mungkin mahu fikirkan 3 orang yang selalu bersikap negatif dalam circle anda. Dan 3 orang yang positif.

    Kemudian fikirkan bagaimana anda boleh kurangkan masa dengan kawan-kawan yang negatif…. Dan bagaimana untuk memberikan lebih ruang kepada sahabat positif dalam hidup anda.

    Owh, sebelum kita boleh berada dalam circle yang positif, kita kena jadi orang yang positif dulu.

  9. Go slowly…

    Rilex. Bertenang. Selalu ingat dalam hati bahawa semua yang Allah izinkan berlaku dalam hidup kita adalah yang paling baik…

    Walaupun terpaksa berdepan dengan kehilangan.
    Walau terpaksa menangis keseorangan.
    Walau kita langsung tak nampak jalan…

    Just go slowly

    Kerana dalam pada kita tak tahu itu, perlahan-lahan Allah akan tunjukkan jalan.

    Everything is going to be ok..

  10. Fokus kepada kebaikan selalu.
    Usah besarkan perkara yang tidak perlu dalam minda.

    Jika berlaku perpisahan atau perceraian…. Anggaplah ianya adalah peluang untuk kita ubah diri kepada yang lebih baik lagi. Mungkin ini peluang untuk anda sambung belajar.

    Atau untuk mengejar cita-cita yang sekian lama tertangguh. Upgrade diri. Start a new life.

    Apa sahaja perkara yang sangat kecil, namun jika sering difikirkan akan menjadi besar di minda kita.

    Dulu saya bekerja di salah sebuah firma antarabangsa yang terkenal di dunia. Apabila bekas suami meminta saya untuk berhenti kerja, saya ikutkan sahaja. Kerana bagi kebanyakan isteri, keharmonian rumahtangga adalah perkara utama melebihi kareer.

    Isteri suka apabila suaminya bahagia.

    Namun apabila berpisah, saya cabar diri untuk kejar cita-cita saya. Saya “hijack” minda saya. Saya telah lakukan semua yang saya senaraikan di sini untuk kekalkan rasa positif dalam diri.

    Akhirnya, dari seorang yang menjual di tepi jalan….dengan izin Allah, saya berada di tempat saya sekarang.

    Sedangkan 9 tahun lalu, saya sendiri tak nampak jalan bagaimana saya akan mampu keluar dalam segala kesusahan yang datang bertimpa-timpa pada satu masa. Everything just came at the same time.

    Akal kita terbatas untuk memikirkan banyak perkara.

    Saya selalu berdoa dan kemudian saya lupakan. Saya buat begitu supaya saya tidak tertunggu-tunggu. What would happen next….and next…and next.

    Dalam pada saya tak tahu, Allah telah mempermudahkan banyak urusan harian. Kadang bila anak minta yuran, saya kata “ok” padahal saya tengah tak ada wang.

    Nanti akan ada sahaja rezeki yang Allah berikan. Rezeki yang tak disangka-sangka itu sering datang.

Jangan menangis
Allah ada dan sayang…

Kredit : Dzuriasikim Dzulkefli

Alhamdulillah, kata- kata beliau sangat memberi inspirasi kepada kita, wanita-wanita berumahtangga terutamanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua!

Ummu
Misi Awet Muda Bermula