fbpx

3 PUNCA SALURAN SUSU TERSUMBAT

Nombor 3 sering terjadi

Semua ibu yang pernah atau sedang menyusu pasti pernah hadapi masalah ini. Sering kali mula berlaku pada hari ketiga pantang. Biasanya ibu-ibu akan mula cari penyelesaian bila dah terjadi. Tapi sebenanrnya ia boleh dielakkan jika kita tahu sebab apa masalah ini berlaku. Jom tengok 3 sebab utama salur susu tersumbat.

1)Lekapan bayi pada ibu yang tidak sempurna.
Bayi mungkin hanya melekap diputing dan bukan pada areola. Bila ini berlaku, bayi tidak menyusu dengan optimum dan susu ibu tidak dikeluarkan sehabisnya. Baki susu yang tertinggal boleh menyebabkan salur susu tersumbat dan menyebabkan bengkak susu. Lama-kelamaan, jike keadaan ini berterusan, akan mengakibatkan susu badan semakin berkurangan.



2. Kurang kekerapan menyusukan bayi.
Bayi yang baru lahir perlu disusukan mengikut demand bayi. Bayi yang menyusu badan dikatakan ‘feeds on demand’, atau menyusu mengikut keperluan. Tapi ramai ibu-ibu yang masih tidak arif dalam mengenalpasti tanda-tanda awal bayi nak menyusu, dan membiarkan bayi sehingga tanda amaran menyusu. ELAKKAN bertangguh dan susukan anak anda apabila sudah ada tanda-tanda awal menyusu. Bila ditangguhkan, ada potensi untuk salur susu membengkak juga.

3. Tertinggal sesi mengepam susu semasa bekerja.
Ibu yang bekerja sering kali tertinggal atau terlupa untuk mengepam susu mengikut jadual yang telah ditetapkan . Amatlah penting untuk anda mengepam susu mengikut jadual sewaktu bekerja untuk mengelakkan anda mengalami masalah saluran susu tersumbat. Saya sering diajukan soalan berapa kerap perlu mengepam di tempat kerja? Pam ikut bilangan sesi menyusu dirumah. Sekiranya semasa cuti, anak menyusu 8 kali sehari, itulah MAGIC NUMBER anda. Jadi, bila bekerja, kalau anak menyusu direct 5 kali dirumah, baki 3 sesi dipenuhi dengan mengepam di tempat bekerja.

Itulah dia 3 punca utama yang boleh menyebabkan saluran susu ibu tersumbat . Masalah sebegini perlu diatasi segera untuk mengelakkan jangkitan kuman pada saluran susu yang boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk iaitu mastitis.

Jom kongsikan ilmu penyusuan ini kepada kawan-kawan anda yang sedang menyusu 😎

Dr Ummu
t.me/dr_ummu

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge