fbpx

KENAPA MAKIN BANYAK KES REMAJA MENGANDUNG?

Bahaya Pengaruh Rakan Sebaya

Dah lama nak share satu cerita ni. Tapi kekangan masa nak menulis. Alhamdulillah, diberikan sedikit kelapangan masa hari ini.

Post ini khas untuk ibubapa yang punya puteri di rumah. Diharap ibubapa lebih berhati-hati menjaga anak perempuan terutamanya.

Kebelakangan ini banyak saya berjumpa dengan ibu mengandung yang masih muda remaja. Hampir setiap kali klinik, ada 2-3 remaja yang mengandung. Sebenarnya dah biasa, tapi seorang ni saya buat saya rasa sangat terkejut.

Jam dah pukul 12 tengah hari. Pesakit di klinik makin berkurangan. Dan pesakit-pesakit bilik saya sudah pun saya tengok dan discharge. Sementara menunggu waktu makan tengah hari, jururawat bawa masuk lagi satu kad. “Last patient”, katanya.

Saya pun belek buku pinknya, nak tahu history sikit sebelum saya panggil masuk. 17 tahun, tetapi sudah mengandung anak kedua. Kedua-dua kandungan dengan pasangan yang berlainan. Saya pun panggil dia masuk.

Dia mengandungkan anak pertama ketika umur 14 tahun. Terus jujur saya bertanya, macam mana boleh terjebak. Mulanya dia agak keberatan nak bercerita dengan saya. Tapi saya terangkan pada dia, “Saya ada 2 anak perempuan dan sangat risau akan masa depan mereka. Jika adik boleh cerita kenapa boleh terjebak, sekurang-kurangnya saya boleh ambil iktibar”.

Dia kata dia aktif bersukan di sekolah. Selalu ada training dan balik sekolah tak tentu masa. Dapat handphone daripada ibubapa supaya mudah call mereka untuk bawak balik dari sekolah. Tapi, kawan-kawan lelaki yang ada nombornya mula hantar gambar dan video tak senonoh. Mereka jugalah yang mula memberikan pil. Dan dari situlah dia mula mencuba satu demi satu, atas dasar ingin mencuba dan mencari keseronokan dan perhatian.

Sebak dan risau dengar cerita dia. Namun jelas kelihatan penyesalan dari raut wajahnya. Yang menyedihkan saya lagi adalah ibu ini akan kembali ke persekitaran yang sama selepas bersalin nanti. Terbukti sejak berzaman bahawa amatlah susah untuk keluar dari comfort zone.

Walaupun kita dah cuba sedaya upaya untuk jadi parents yang terbaik, kadang2, pengaruh kawan-kawan pula yang menjejaskan anak-anak kita. Memang tak tidur malam beberapa hari memikirkan benda ni. Hanya mampu berdoa dan cuba jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.

Dr Ummu
t.me/dr_ummu

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge