fbpx

SAKIT BERSALIN BERKALI-KALI GANDA AKIBAT MINUM AIR SELUSUH

Boleh ke tidak minum sebenarnya?

Soalan yang sering ditanya oleh ibu-ibu yang bakal bersalin. Dilema antara apa yang diberitahu Pakar dan apa yang disampaikan oleh ahli keluarga. Jom baca dulu kisah yang pernah terjadi ni.

Akar Fatimah yang digunakan dalam sesetengah Air Selusuh

Oncall Labour Room ; Jam 10 pagi, seorang ibu mengandung berjalan masuk, nampak sarat, tapi muka masih ceria, sempat make up. Ni mesti belum in labour, baby kurang gerak kot, saya terfikir sendiri.

Kadang2 sekali tengok boleh tahu apa masalah. Tapi selalunya salah juga. Hahaha… Dah terbiasa nak konon-konon guess apa masalah patient.

Dia baru letak buku pink kat kaunter, saya dah ambil nak tengok sebelum sempat houseman atau nurse ambil. Suka cepat-cepat tengok dan settlekan sebab kalau nurses yang ambil dulu, lambat sikit. Mereka perlu isi bermacam-macam borang.

Bila belek-belek buku, rupanya kandungan pertama sudah 40 minggu harini, MGTT dua kali normal, tak pernah ada masalah sepanjang mengandung, semuanya nampak ok, perfect!

Bila ditanya masalahnya, dia jawab “saya DATANG NAK BERANAK SEBAB HARINI DUE DATE SAYA”.

Bila ditanya lanjut, dia belum ada sakit mengeras, takde turun tanda atau air, baby pun bergerak bagus. Kalau diikut sejarah daripada buku, dia boleh diberi extra 10 hari lagi (protokol di Perak). Selepas diperiksa, pangkal rahim pun belum buka lagi.

Setelah bagi penerangan, saya pun bagi lah patient tu balik rumah dulu. Nasihatkan dia banyakkan minum air dan berjalan. Kalau dalam masa 9 hari lagi belum bersalin jugak, saya minta dia datang semula untuk kita paksa bersalin (Induce labour).

LEWAT PETANG TU, ibu tu datang balik. Katanya ada turun tanda darah dengan lendir. Tapi belum ada sakit atau masalaha lain. Lagi sekali saya check pangkal rahim, belum ada bukaan lagi. Saya pun terangkan padanya yang tanda tu mungkin keluar sebab pagi tadi ada check bukaan. so mungkin lendir tu akan keluar sikit.

Ibu tu nampak macam faham, tapi jelas dia risau. Nampak dari riak muka yang dia risau. Dia pun dah 2 kali datang dalam masa 24 jam. Saya offer kalau nak bermalam di wad satu hari untuk pemantauan, tapi dia taknak. Katanya nak berehat di rumah.

AWAL PAGI PUKUL 4, terima ambulance call, ada ibu SUDAH terberanak di rumah. Melalui panggilan katanya tengah macam pendarahan teruk. Selalunya nurses yang akan pergi kalau tiada komplikasi, tapi mendengarkan kes ni, memang kena Doktor ikut sekali.

Bila sampai dirumah, saya cam ibu tu. Ibu yang dah datang 2 kali ke labour room semalam. Tengah ada pendarahan. Cepat-cepat kami bagi bantuan awal dan cucuk ubat untuk kecutkan rahim. Bila pendarahan dah mula berkurang, kami bawa dia ke Hospital.

Di hospital, lepas buat pemeriksaan penuh, rupanya koyak dikemaluan hingga dubur. Terpaksa kami bawa ke Bilik Bedah untuk dijahit semula. Baby diberikan pada Doktor Kanak-Kanak untuk pemeriksaan.

Sempat saya tanya dia,
“Cepat betul kamu bersalin, sampai x sempat datang hospital?”
“Saya minum air selusuh Doktor. Mak bagi, katanya nak bagi cepat bersalin sebab dah due date.”
Allah, nasib baik laa tak jadi apa-apa kat rumah tu.

Memang air selusuh dibolehkan minum. Tapi minum ketika bukaan sudah 10cm dan hendak meneran baby. Bukan sebelum itu, sebab boleh menyebabkan banyak komplikasi. Antaranya boleh menyebabkan baby lemas jika contraction terlalu kuat dan pintu rahim belum buka.

Ada juga ibu yang kami pernah lihat, tergolek -golek kesakitan akibat terminum air selusuh, dan tidak mampu tahan sehingga merayu-rayu meminta dibedah.

Kebanyakkan ibu yang minum air selusuh ni, memang alami contraction yang sangat kuat. Ada yang bukaannya cepat disebabkan sakit yang kuat tu, tapi banyak juga yang berakhir dengan komplikasi-komplikasi lain.

Perkongsian ini hanya sekadar untuk diambil iktibar, dan bukan lah berdasarkan kajian saintifik. Kerana terdapat beberapa jenis air selusuh, dan sesetengah air selusuh, ditambah bahan aktif untuk menguatkan contraction. Jadi, berhati-hati dengan penggunaan air selusuh.

Ummu Hathiyah
t.me/dr_ummu

About the author

Dr Ummu Hathiyah, berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi. Bercita-cita tinggi ingin menyebarkan maklumat kesihatan wanita. Juga berkecimpung dalam dunia perniagaan atas dasar ingin menyebarkan manfaat produk berasaskan Essential Oil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge