fbpx

PENAT ULANG ALIK PEJABAT POS?

Pick up service kan ada!!

Dah semakin ramai online sellers sekarang ni kan? Lagi-lagi selepas PKP sejak bulan Mac 2020. Tapi untuk suri rumah yang menjaga anak dirumah, bisnes online bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi bila melibatkan urusan pengeposan.

Tapi, sekarang ni tak perlu risau dah. Ada pelbagai servis kurier yang menyediakan perkhidmatan pick up di rumah dan harga pengeposan pun jauh lebih murah berbanding kita ke pejabat pos dan pos barang.

Antara website yang menyediakan perkhidmatan ini adalah

  • My Parcel Asia
  • Easy Parcel
  • Send Parcel

Tapi saya sendiri menggunakan My Parcel Asia, selama lebih setahun dah sekarang! Sangat berpuas hati! Kadar pos pun murah! Hanya dengan RM6.40, kita boleh pos parcel sehingga 5kg berat untuk dalam Semenanjung! Murah ke murah sangat?

Saya tunjukkan cara-cara nak guna My Parcel Asia ya. Mula-mula, kena daftar akaun di www.myparcelasia.com.

Kemudian pergi ke menu disebelah kiri dan topup minimum RM20. Jadi setiap urusan belian akan ditolak daripada jumpah topup ini.

Kemudian, isi poskod sendiri, poskod penerima dan berat item diatas sekali dan klik Quote.

Sekarang, akan keluar paparan yang menunjukkan servis kurier yang ditawarkan dikawasan tersebut. Contoh yang saya guna ini, menunjukkan terdapag pilihan Poslaju, Nationwide Express dan J&T. Juga ada dipaparkan kos pos mengikut servis. Saya lebih gemar Poslaju, kerana tiada limit kuantiti parcel dan kos nya adalah RM 6.40. (1 parcel pun diorang datang ambil). Manakala J&T mengenakan syarat minimum 5 parcel sekali pick up dan kos nya lebih murah iaitu RM 6.20.

Jadi disini, saya memilih pick up Poslaju dan klik Select. Kemudian akan keluar paparan untuk kita mengisi semua maklumat pengirim dan penerima serta ringkasan barangN yang dihantar beserta nilainya. Sesudah masukkan maklumat, kita boleh save maklumat itu, untuk memudahkan pengeposan akan datang. Dengan cara save ini, maklumat penerima akan disimpan dalam address book akaun kita. BEST KE BEST SANGAT? Next postage, cari nama dan use this address je!

Selepas itu, klik save to cart, dan pastikan maklumat adalah betul sebelum check out.

Klik pada butang checkout, teruskan dengan bayaran, dan kemudian boleh cetak satu salinan slip pos! Akan ada 3 keratan, hanya perlu masukkan satu keratan untuk melabel parcel anda. Baki keratan hendaklah diberikan pada pemandu poslaju yang datang pick up parcel anda! Mudahkan?

PERINGATAN!
Parcel yang dimasukkan dalam sistem selepas pukul 12pm akan dipick up pada keesokan hari. Dan servis ini hanya pada Hari Isnin – Jumaat.

Semoga tips ini membantu memudahkan anda semua dalam menjalankan bisnes online! 😁

Ummu Hathiyah
Founder Uspire
Tasneem Naturel

About the author

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge