fbpx

Ibu Menangis Melihat Kulit Anak Melecet Dan Berdarah

Hati ibu mana yang tak luluh melihat anaknya tergaru-garu gatal seluruh badan, sehinggakan sampai luka dan berdarah. Lagi menyedihkan apabila kulit anak yang nipis itu mula melecet. Ramai yang masih buntu mencari kaedah terbaik untuk merawat ekzema ini. Dan sehingga hari ini, masih belum ada penawar untuk Ekzema dan yang ada hanyalah ubatan untuk mengawal Ekzema daripada menjadi teruk.

Hampir 1 dalam 5 kanak-kanak disahkan mengalami ekzema, dan biasanya bermula sebelum kanak-kanak itu berusia 5 tahun dan boleh berlanjutan hingga dewasa. Ekzema dikaitkan dengan alahan pada keadaan sekeliling tapi boleh juga disebabkan oleh kanak-kanak itu sensitif dengan beberapa jenis makanan.

Ekzema bukanlah masalah ringan yang boleh dipandang remeh. Ia sangat mengganggu emosi anak dan juga ibubapa. Terlalu banyak pantang larang yang terpaksa diikuti supaya ekzema tidak semakin teruk. Terutamanya dari segi makanan, kerana allergen dalam makanan dikatakan menjadi punca ekzema berlarutan. Dalam isu ini, ibubapa seharusnya jangan berputus asa, dan teruskan menyokong anak dengan sama-sama mengamalkan gaya hidup yang betul supaya ekzema terkawal

Apa itu Ekzema? (Symptom Eczema)

  • Kulit kering
  • Kulit gatal terutamanya waktu malam
  • Tompoakn kemerahan pada tangan, kaki, leher, dada, kelopak mata, siku, lutut dan pada bayi adalah di muka dan kepala.
  • Benjolan-benjolan kecil yang mungkin berair (ekzema berair) atau berkerak dan berdarah apabila digaru
  • Kulit bersisik, merekah dan tebal
  • Kulit kemerahan sensitif dan bengkak akibat menggaru.

Punca Ekzema

Kulit adalah organ terbesar dalam badan manusia yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan badan dan melindungi kita daripada jangkitan kuman dan bahan-bahan yang boleh menyebabkan keradangan dan alahan. Akan tetapi, terdapat variasi dalam genetik yang menyebabkan fungsi kulit ini terjejas dan menyebabkan Ekzema.

Kanak-kanak yang mengalami ekzema, selalunya juga akan mengalami masalah pernafasan seperti Asthma dan pelbagai komplikasi akibat kulit yang sentiasa terluka akibat menggaru. Kanak-kanak itu juga mungkin mempunyai alahan pada pelbagai jenis makanan, dan jenis-jenis makanan ini seeloknya dielakkan jika didapati terdapat alahan.

  • Produk Tenusu
  • Telur
  • Kacang Tanah
  • Gandum dan Gluten
  • Makanan Laut
  • Buahan Citrus
  • Pewarna Tiruan
  • Perisa Tiruan

Tips Mengelak Dan Merawat Ekzema

Cara membantu merawat EKZEMA adalah dengan cuba mengelakkan kulit daripada kering. Ini adalah kunci utama dalam langkah pencegahan Ekzema daripada menjadi teruk. Apabila kulit dibiarkan kering, kulit akan mula gatal dan tindakan menggaru akan menyebabkan luka. Kulit pesakit ekzema sangat sensitif dan lambat sembuh jika terluka. Jadi, sentiasa amalkan penggunaan pelembap atau Lotion yang hypoallergenic untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Dalam situasi ekzema yang teruk dan berdarah, sangat disarankan untuk dapatkan rawatan dengan Pakar Kulit kerana tindakan menggaru dan luka yang teruk, kadang-kadang akan menyebabkan jangkitan bakteria. Dan ini memerlukan rawatan dengan Antibiotik dan Steroid.

Penjagaan pemakanan juga sangat penting dalam merawat dan mengelak ekzema. Makanan yang menyebabkan ‘Eczema Flare‘ atau ekzema berulang atau menjadi teruk seharusnya dielakkan sama sekali, terutamanya senarai makanan yang telah disenaraikan diatas. Makanan-makanan tersebut mempunyai kandungan allergen yang tinggi.

Faktor-faktor luaran juga memainkan peranan dalam mengawal dan mengelak ekzema. Antaranya adalah haiwan peliharaan, sabun mandi, pencuci pakaian, habuk, debunga, dan peluh. Faktor sebegini sangat mudah dikawal dengan menggunakan sabun mandian khas yang hypoallergenic dan memastikan keadaan dalam rumah sentiasa bersih.

Menurut Pakar Alergi dan Imunologi Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, pesakit ekzema harus memilih produk berasaskan bahan semula jadi bagi merawat masalah kulit mereka.

Antaranya adalah Balm Skeenz keluaran Tasneem Naturel. Balm ini mengandungi 10 jenis minyak semulajadi yang berfungsi untuk melembapkan dan membantu memperbetulkan tekstur kulit. Minyak Vitamin E dan Argan Oil didalam Skeenz ini sangat membantu mengurangkan keradangan kulit disamping menghilangkan kegatalan kulit. Hanya dengan sapuan nipis pada kawasan ekzema sebanyak 2-3 kali sehari mampu mebantu mengurangkan ekzema.

Dalam apa jua ikhtiar yang kita cuba, seharusnya kita bersabar dan pentingkan keselamatan anak. Nasihat kecil daripada saya, janganlah dicuba-cuba petua yang pelik pada kulit anak, kerana ia mungkin boleh memudaratkan lagi kulitnya. Pastikan produk yang digunakan adalah selamat, semulajadi dan hypoallergenic terutamanya.

Semoga Tips dan Info yang dikongsikan ini memberi manfaat pada semua Ibubapa. Buat mereka yang ingin Ikhtiar dengan Balm Skeenz Tasneem Naturel, boleh klik pada gambar di bawah

About the author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge