Glove untuk keselamatan diri, tapi menjadi punca merebak…
Singgah beli barang di 7 Eleven sebelum masuk kerja. Nampak cashier pakai glove. Hebat adik ni, precaution macam kat hospital!
“Adik, lepas setiap customer, tukar glove ke?”
“Tak.”
“Baik guna handrub je lepas selesai urusan dengan setiap customer”
“Handsanitizer tak membunuh Covid”
“Siapa cakap?”
“Mak saya”
Tahniah mak! Anak mak menjadi penyebar kuman ke masyarakat setempat. Sama seperti kami Doktor, check satu patient Covid19, lepas tu TANPA TUKAR GLOVE, check lagi seorang patient. Daripada seorang, transfer ke orang lain. Scary weh!
Fahamkan betul-betul fungsi Hand Sanitizer. Hand sanitizer beralcohol boleh bertindak pada dinding virus. Begitu juga dengan yang jenis natural. Karut sangat bila korang kata hand sanitizer tak ada fungsi. Kalau betul lah tak ada fungsi, hospital tak beli berbotol letak kat setiap bilik, setiap katil patient tau.
“Sama seperti kami Doktor, check satu patient Covid19, lepas tu TANPA TUKAR GLOVE, check lagi seorang patient “
Dr Ummu
Kalau anda frontliner di kedai-kedai, keep a bottle of hand sanitizer di kaunter. Selepas selesai urusan jual beli tu, cuci tangan dengan hand sanitizer tu.Jangan jadi Frontliners yang menyebarkan.

Jom Putuskan Chain Of Infection
Dr Ummu Hathiyah
KKM
#Covid19
#HandHygiene
ps: Jangan pulak ada yang pergi cari softa-man ni