fbpx

Polycystic Ovarian Syndrome

11 FAKTA POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME

1. Menyebabkan ketidakseimbangan hormon didalam wanita, terutamanya mempunyai lebihan hormon androgen (lelaki)

2. Antara simptom PCOS adalah, haid tidak teratur, bulu berlebihan di anggota-anggota badan, masalah jerawat dan paling Utama, SUSAH MENGANDUNG

3. Faktor yang meningkatkan risiko PCOS adalah obesity, kencing manis, sejarah PCOS dalam keluarga

4. Dikesan melalui pemeriksaan fizikal, ujian hormon darah dan ultrasound.

5. Melalui ultrasound, akan kelihatan beberapa cyst-cyst kecil, atau juga disebut sebagai string of pearls.

6. Disarankan mengambil pil perancang yang mengandungi hormon untuk menstabilkan haid.

7. Wanita PCOS yang obese selalunya tidak ada ovulasi (ovary tidak mengeluarkan ovum)

8. Wanita obese yang ingin mengandung, disarankan menurunkan sekurang-kurangnya 5% berat badan, dan dengan penurunan ini, peluang mengandung adalah tinggi

9. Ada wanita yang akan perlukan rawatan dengan hormon untuk membantu dia mengandung.

10. Wanita dengan PCOS selalunya mempunyai masalah kencing manis, dan kawalan gula yang tidak bagus juga mengganggu kesuburan.

11. Sebelum mengandung, disarankan wanita yang ada PCOS ini turunkan berat badan, stabilkan bacaan gula dan amalkan folic acid untuk mengelakkan komplikasi ketika mengandung.

Dr Ummu Hathiyah

#PCOScanGetPregnant

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop