7 langkah mudah untuk hilangkan ruam lampin

Ruam lampin kerap terjadi di kalangan bayi, terutama sekali apabila mereka berusia antara sembilan hingga 12 bulan. Ibu bapa mungkin akan berhadapan dengan situasi ini seawal bayi baru lahir juga. Ruam lampin boleh berlaku tidak kira guna lampin kain ataupun lampin pakai buang.
Macam mana nak kenalpasti ruam lampin?
Kulit bayi akan kelihatan merah, lembap dan radang dikawasan kulit yang ditutupi oleh lampin. Kawasan yang terjejas adalah kemaluan bayi, kulit di bahagian luar lipatan-lipatan di pahanya, dan punggung. Kawasan terjejas mungkin menjadi kering atau lembap, dan sakit jika disentuh.
Jika ruam ini dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjadi lebih teruk, dan mengakibatkan ruam lampin tersebut dijangkiti bakteria atau yis. Dalam keadaan begitu, kulit boleh mula berbisul dan bernanah. Jadi ibubapa seharusnya berhati-hati dan ambil langkah pencegahan serta langkah awal untuk merawat ruam lampin tersebut.
Kenapa ruam lampin terjadi?
Bayi yang baru lahir akan kerap kencing dan membuang najis. Kulit anak yang sensitif sentiasa terdedah ke lembapan pada permukaan lampin. Walau sehebat mana kadar serapan lampin tersebut, ia tetap tinggalkan lembapan pada permukaan kulit anak. Dalam situasi ini, kulit tidak mampu menjadi lapisan pelindungyang baik, dan mengalami keradangan.

Bayi yang dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama juga boleh mendapat ruam lampin. Walau bagaimanapun, harus diingat, bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif, tetap boleh alami ruam lampin walaupun lampin mereka sering ditukar
Air kencing dan najis yang bercampur bersama dalam lampin adalah sangat bahaya bagi kulit bayi anda.
Antara faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin adalah bayi alergik dengan produk yang menyentuh kulitnya, yang dipanggl Allergic Dermatitis tetapi sangat jarang berlaku dikalangan bayi. Keadaan ini biasa berlaku bila ada perubahan jenama lampin atau tisu basah yang digunakan
Bagaimana nak merawat ruam lampin?
- Pastikan lampin ditukar secepat mungkin sekiranya sudah penuh atau anak telah membuang najis.
- Cuci punggung bayi anda sebersihnya dengan menggunakan sabun tanpa wangian (fragrance) yang gentle dan mengandungi pelembap. Boleh juga gunakan tisu basah tanpa fragrance dan gentle. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan lap hingga kering.
- Biarkan anak seberapa lama yang mungkin tanpa memakai lampin untuk mempercepatkan proses pemulihan kulit bayi. Letakkan bayi atas tuala dalam bilik yang selesa. Jika anak anda agak sudah besar, biarkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci.
- Sapukan sedikit krim sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan terlalu tebal, sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan air kencing atau najis yang ada. YAng terbaik adalah yang tanpa pewangi dan lutsinar seperti Balm Skeenz Tasneem Naturel.
- Mandikan anak sekali atau dua kali sehari dengan menggunakan sabun mandi yang gentle, fragrance free dan mengandungi pelembap. Pemilihan sabun yang salah, boleh mengeringkan dan merosakkan lagi kulit bayi.
- Ibubapa juga boleh cuba tukar jenama lampin yang lebih menyerap untuk mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulit bayi. Buat masa ni, tiada lagi bukti kukuh yang menunjukkan bahawa lampin kain lebih bagus daripada lampin pakai buang untuk mencegah ruam lampin.
- Jika ruam lampin bayi anda disebabkan alergik, memang dinasihatkan untuk menukar jenama lampin, tisu basah atau sabun mandi.
